Tuesday, January 8, 2013

PENGENALAN

Salam sejahtera, salam satu Malaysia. Selamat berkunjung kepada para pembaca yang sudi datang bertandang di dalam BLOG ini.
     Merujuk kepada nama BLOG ini, saya hanyalah seorang manusia biasa yang ingin mengongsikan kepada anda semua tentang pemerolehan saya selama ini dalam bidang fotografi secara bukan formal. Saya bukanlah seorang jurufotografi yang hebat seperti para jurufotografi yang terkenal di seantero dunia pada masa kini. Saya mempunyai minat dalam bidang ini dan ingin menjadikan minat ini sebagai HOBI yang boleh dimanfaatkan dengan baik pada masa akan datang.

     Berdasarkan kepada paparan yang anda boleh lihat dalam BLOG ini, terdapat dua jenis foto yang ingin saya kongsikan dan dalam pada itu, saya ingin mendapatkan NASIHAT dan TIPS daripada para pengunjung agar dapat saya GUNAKAN, PRAKTIKKAN sepanjang aktiviti saya dalam bidang ini. Dua jenis foto yang telah saya nyatakan sebentar tadi bukanlah bermaksud dua jenis foto yang berbeza namun ianya hanya diambil dengan menggunakan dua JENIS LENSA yang berbeza iaitu LENSA KAMERA DIGITAL dan juga LENSA KAMERA TELEFON BIMBIT.

     Saya sedia maklum bahawa kualiti di antara kedua-dua foto yang diambil melalui kedua-dua jenis KAMERA ini mempunyai hasil yang tidak sama. Oleh itu, semua ini saya serahkan sahaja kepada para pengunjung yang datang untuk memberikan KOMEN MEMBINA dan TIPS kepada saya untuk terus meningkatkan pengetahuan dan pengalaman dalam bidang FOTOGRAFI. Sekian, terima kasih.

Yang benar,
Penulis BLOG,

Kamlit Kindan